Camane rasanya bila kite terlalu dihambat pilu, sehingga kan kita rasa susah nak tanggung? Semua orang pernah rasa perkara yang sama. Rasa down, rasa cam takleh terima kenyataan, takleh terima perpisahan, takleh terima musibah, takleh terima kekalahan, takleh terima kegagalan, takleh terima kematian orang lain, takleh terima qada dan qadar (nauzubillah) ni adalah rukun iman.
Ada tak cara untuk lupakan semua ni? Mesti ada, bergantung pada individu tu sendiri. Samaada dia "kuat" atau "lemah", sama ada dia "redha" atau "tak redha". Tapi, walau sekuat mana iman pun, tabah mana pun, tak semua orang berjaya menolak godaan "syaitan". Kita GAGAL.. Aku juga GAGAL menolak perangai "SYAITAN" yang suka hasut, mencucuk-cukuk, menyesatkan kita. Makin dilayan makin menjadi2. Takkan lari anak Adam dari Syaitan ni hingga hari kiamat.
Back to the point, cara dibawah ni mungkin boleh membantu, senang diucap tapi mungkin sukar bagi kita, tapi bagus untuk cuba sehabis baik supaya tak jadi barah dalam hati. Bukan ini saja, ada banyak tips motivasi yang elok diamalkan. Antaranya:
1) Banyak berdoa dan dekatkan diri dengan agama i.e solat, baca Al-Quran, zikrullah
2) Jangan ingat langsung peristiwa yang dah berlaku tu
3) Jangan rasa nak terfikir atau berfikir balik pasal peristiwa lepas
4) Tidak berpra sangka, tidak ber "agaknyaaaa.. itu itu.. ini..ini" pada peristiwa tersebut (yang sudah tu sudah...)
5) Sibukkan diri dengan aktiviti sendiri, riadah, tengok wayang, main games, websurfing (aktiviti yang baik2 saja....)
6) Dapatkan khidmat kauseling (pergi kalau tahap kronik...)
7) Bercerita dan meluahkan pada orang yang dipercayai, keluarga atau kenalan
8) Cipta hobi, baca buku, kumpul sticker@setem@badge@gadget
9) Bercuti dalam/luar negeri
10) Berforum dan bertukar-tukar cerita dengan mereka yang pernah mengalami perkara/peristiwa yang sama.
Last but not least, seeloknya kita doakan mereka yang pernah menyakitkan kita @ peristiwa yang tak best tu dari muncul semula dalam hidup. Elakkan pisang berbuah dua kali. Kalau melibatkan seseorang, elok lupakan MEREKA sedikit demi sedikit dalam ingatan kita. Pada yang dah pergi selamanya, kita sedekahkan Al-Fatehah atau bacakan Yassin. Kalau hidup lagi, apa salahnya bacakan Yassin jugakkk.. dapat pahala.
Insyallah, live
(¯`♥´¯) .♥Q✿R♫M¤.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`POSITIF IMAN
●/
/▌
❤ Jangan marah saat ada yang MENGHINA, doakan hinaan berbalik menjadi KEMULIAAN.
❤ Jangan marah saat ada yang MEMBENCI, doakan kebencian menjadi KASIH SAYANG.
❤ Jangan marah saat ada yang MENYAKITI, doakan sakit itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN.
❤ Jangan marah saat ada MASALAH, doakan masalah kita menjadi ladang AMAL yang bermanfaat~~




0 sweet smiles:
Post a Comment