15 April 2011

Balik Kampung (Grik, Perak)










Latihan Kedua ke Gunung Angsi, aku tak dapat nak join la disebabkan balik kampung. Tapi, hasrat aku nak balik kampung tu tak dilepaskan peluang untuk melawat atukku yang sakit. Sepatutnya, atuk kena buat pembedahan Hernia kat Hospital Taiping, tapi dinasihatkan tidak dilakukan buat masa ni sebabnya, atuk ada asma yang kuat, takut menjejaskan pulak. Jadi Jumaat (08/04/2011) bertolak dari KL pukul 11 pagi melalui MRR2 ke Tol sungai buloh exit damansara damai terus ke highway Plus, singgah di Kuala Kangsar makan tengahari, sampai Grik dalam pukul 3 petang.



Alhamdulillah, sampai aje semua ada kat rumah (Pak Lang, Mak Lang, Opah & Atuk, termasuklah anak2 buah, Johari (nakal), Jannah (tak "girly" langsung), Jafrizal (petah). Seronok layan Jafrizal ni, baru 2 tahun, petah mengalahkan budak 4 tahun, pandai aje nak menyembang. Malam tu kami habiskan masa berkumpul & bersembang & menghabiskan masa bertanya khabar. Tapi, yang nyatanya aku memang letih memandu. Tidur awal, lepas berbincang & telefon Mak Teh & Pak Teh di Kulim, kami hajat nak bertandang ke sana esok pagi.





Pukul 9.30 pagi esoknya (09/04/2011), kami pun bertolak ke Kulim, Kedah yang mengambil masa sejam setengah dari Felda Bersia. Sebelum makan tengahari, berkumpul ramai-ramai makan tapai (uiks, aku tak pandai makan,!!). Yang bestnya, tapai pulut ni dibungkus dengan daun pokok getah sambil dicampur dengan aiskrim durian. Mula2 rasa sesudu aje, rupa2nya makan camni lagi sedappppp.. !! 2 peket tapai aku bedal. Jadi ler.. hehe!! Bak kata Pak Lang, "Tapai ni makan camni, orang yang tak suka, jadi sukaaa!!"













Lepas makan tengahari, kami berjalan2 di sekitar bandar Kulim, ada tempat beli baju & T-Shirt murah2, dapat la sehelai dua utk aku, mak & adik2 kat KL. Heheh.. memang lalu kawasan Kulim Hi-Tech tu, lalu aje. Dalam kul 7.30 malam, kami bertolak balik ke Grik melalui highway baru tu. Dah gelap takut la pulak, dengan lampu jalan takde, redah aje. Sebelum sampai ke rumah, sempat singgah beli keropok lekor & ke kedai makan dulu. Dalam pukul 9.00 malam, selamat sampai rumah.



Esoknya hari ahad (10/04/2011), cadang nak melawat2 saudara mara di kampung. Paksu/Maksu tak join sekali sebab balik ke Kenayat (rumah ayah Mak Su). Takpe la.. Jadi, sepanjang hari tu, lepas makan tengahari je, kami berkumpul.. sembang.. sembang.. sembang.. sembang.. terlajak sampai pukul 5ptg. Hadui!! tak perasan masa berlalu. Seronok berkumpul sekali sekala macam ni, panjang pulak cerita.



Memang dah agak lewat, tapi cadangan nak ke rumah saudara mara tu takleh lupa. so bersama atuk & opah, aku & mak & juga sikecik Jafrizal, kami pegi rumah Pak Long dulu (kat Felda Lawin Utara), ada Linda & Ayin time tu. Seterusnya, ke rumah Mak Uda & Pak Uda di pekan Grik, ada Lan, Yong & Chu. Mak Uda & Pak Uda baru aje bergelar atok & opah (cucu sulung & anak sulung kepada saiful & siti). Tahniah..!! Pastu, dapat khabar akan terima seorang lagi menantu bulan 11 ni. Tahniah2!!!



Keesokkan hari (11/04/2011), pagi tu, aku, mak & opah pegi ke pekan Grik buat hal. Hahaha.. Lepas abis merayau kat pekan grik, balik rumah makan tengahari. Lepas tu, siap2 kami pun bertolak ke KL & selamat sampai dalam pukul 9.30 malam. Sepanjang perjalanan tu, ada berhenti2, beli pisang, beli perkasam, singgah solat kat Tapah (terserempak rombongan PPR Kg.Baru ni baru balik dari bercuti di Langkawi). So, that's all the story how i've spend the weekend with families.



Terima Kasih Singgah Dan Komen Blog Smile,Honey!! Episode..

0 sweet smiles:

Related Posts with Thumbnails