PTPTN? Selalu jadi isu, tiap-tiap tahun macam-macam isu yang melibatkan perbadanan yang banyak berjasa pada pelajar-pelajar di Malaysia, tanah air tercinta ni. Bila setiap pelajar yang memohon inginkan pinjaman, jadi masing-masing isi borang, tandatangan dan permohonan berjaya dengan cepat sekali. Time nak duit, cepatttt je kita nak, lambat sikit mula lah aduan sana, sini.
Yang tak sedapnya, bila habis belajar dan dah berjaya, lupa diri. Lupa nak bayar balik, alasannya? Komitmen? Memang PTPTN ada beri kelonggaran dalam penangguhan bayaran balik, tapi perbadanan ni tak pernah kejar semua yang tak bayar tu macam penyangak ALONG atau bank. Kalau diikutkan, rasanya ramai yang tak lepas nak buat loan bank untuk beli harta (i.e Kereta, rumah.. etc) sebab hutang PTPTN tak settle.
Alhamdulillah, dengan kelonggaran yang diberi membuka peluang pada semua untuk berjaya di pusat pengajian masing-masing dan bila dah graduate berjaya dengan kerjaya dan seterusnya kehidupan masing-masing. Tapi, lupa ke nak bayar balik?
Saya? Ermm. mengaku la ni, memang ada pinjam dan ada bayar balik even not promptly. Setakat ni, continually bayar walaupun sikit, tapi rasanya macam tak surut-surut je hutang tu. Jadi, perlu bertindak sekarang, kena nekad untuk betul-betul bayar sampai habis.
Ada macam-macam cara dah diberikan pihak PTPTN, atas usaha kita la macamana nak bayar, antaranya adalah melalui dua (2) kaedah iaitu:
a. Potongan Gaji (melalui majikan) atau;
b. Arahan Tetap Bank/Standing Instruction (SI)
Dua kaedah ni sangat wajar dalam pembayaran semula. Jadi, takde alasan untuk tidak bayar PTPTN, tanamkan semangat dan azam yang PTPTN tu sebahagian komitmen kita seperti mana kita ada buat pinjaman bank untuk harta kita (i.e Kereta, rumah.. etc).
Insyallah, saya pilih a. Potongan Gaji dan caranya:
- Download atau print out BORANG KEBENARAN POTONGAN GAJI BAGI PEMINJAM PTPTN di laman web rasmi PTPTN
- Hantar borang yang lengkap diisi kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik melalui alamat e-mel upkb@ptptn.gov.my atau No. Faks : 03 – 2096 1072.
- Potongan gaji akan dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang ditetapkan.
- Permohonan untuk membuat potongan gaji kurang daripada jadual adalah tidak dibenarkan.
- Proses untuk potongan gaji mengambil masa 1-3 bulan dan surat serta sijil hutang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
- Proses seterusnya adalah di pihak LHDNM dimana LHDNM mengambil masa 7 hari bekerja bagi memproses surat arahan bayaran kepada majikan
Prosesnya senang saja, sebagai pembayar cukai seperti saya secara tak langsung dapat pengecualian bayaran cukai pendapatan. Nak pertanyaan lebih lanjut atau ada soalan-soalan boleh la diajukan di Forum Rasmi : Kementerian Pengajian Tinggi. Forum ni memang best, sebab apa saja soalan kita ni, memang segera dilayan oleh moderator ataupun nak tau banyak perkara leh "SEARCH" keyword kat forum ni.
Semoga bermanfaat..
TEKAD TERIKAT..








